Connect with us

Oh! Media

Tiada Halangan Adakan Pilihan Raya Ketika Darurat, Rakyat Malaysia Jangan Lupa Sejarah! – Aziz Bari

Oh! Negara

Tiada Halangan Adakan Pilihan Raya Ketika Darurat, Rakyat Malaysia Jangan Lupa Sejarah! – Aziz Bari

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini YDPA sudah berkenan untuk melaksanakan perintah darurat politik bagi memastikan semua memberikan perhatian sepenuhnya untuk menangani Covid-19 dan banjir yang sedang melanda negara.

ADVERTISEMENT

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah menegaskan yang tidak akan ada PRU, PRN mahupun PRK sepanjang darurat berkuatkuasa.

Tapi lain pula apa yang dikatakan Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz yang menjadikan Pilihan Raya Umum 1955 sebagai contoh di mana pada waktu itu negara diistiharkan darurat pada tahun 1948 hingga 1960.

Aziz juga mendakwa proklamasi darurat tak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menangguhkan pilihan raya.

Darurat secara teknikal iaitu Perkara 150 memberikan kuasa yang luas untuk kerajaan melakukan perkara tanpa ke Parlimen ataupun kerajaan boleh buat undang-undang tanpa ke Parlimen atau Parlimen boleh buat undang-undang atas perkara-perkara yang tidak boleh dibuat dalam keadaan biasa. Itu darurat sebenarnya.

Darurat bukan untuk menggantung pilihan raya. Saya tak pasti kenapa sekarang menjadi satu kefahaman yang begitu. Rakyat Malaysia jangan lupa sejarah. Bukan hujah yang kuat darurat ini untuk menidakkan pilihan raya. Jangan ingat darurat ini boleh menutup segala-galanya. – Jelasnya.

Disebabkan ini juga, Aziz berharap agar YDPA Sultan Abdullah menimbangkan semula keputusan proklamasi darurat bagi mengelakkan kesan lebih buruk kepada negara. Korang setuju?

Tak cukup dengan itu, Aziz juga memberi cadangan jika rakyat juga boleh hantar petisyen untuk meminta raja-raja mencari penyelesaian.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas