
Oh! Politik
“Terlatih Dan Sesuai Dengan Kehendak Pasaran” – Zahid Saran Gaji Minimun Graduan TVET Naik RM3,000
Oleh
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan majikan untuk memberi gaji minimun RM3,000 bagi graduan TVET.
BACA: Zahid Hamidi Tiba Di Mahkamah, Bicara Kes Rasuah Dijadual Semula Bermula 10 April
Zahid berkata demikian kerana menganggap bayaran tersebut adalah wajar dengan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.
Graduan TVET terlatih

Menurut Zahid, bayaran tersebut adalah setara dengan kemahiran sedia ada dan bekerja dalam bidang 3D iaitu dirty, difficult dan dangerous.
Saya rasa pekerja mahir akan mempertingkatkan produktiviti kepada industri dan produktiviti ini secara jangka panjang akan mengurangkan kos untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan akhir. Ini (gaji RM3,000) adalah munasabah kerana mereka bukan pekerja biasa, mereka adalah pekerja terlatih dan sesuai dengan kehendak pasaran.
Hm, agaknya apa pula pendapat pembaca Oh! Media?
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
