Connect with us

Oh! Media

Tak Puas Hati Dengan Ucapan Persidangan, Ahli UMNO Ditampar

Oh! Negara

Tak Puas Hati Dengan Ucapan Persidangan, Ahli UMNO Ditampar

Pada waktu ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemelut politik yang melibatkan pilihan raya yang akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Percaya UMNO Akan Kalah” – Tun M Buka Mulut Mengenai Isu Politik Semasa

Ketua Pemuda UMNO Jempol, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, satu kejadian berlaku apabila seorang ahli akar umbi parti itu telah ditampar oleh pegawai kepada pemimpin bahagian berkenaan.

Tak puas hati

Datuk Mohd Zaidy menyatakan bahawa kejadian itu dipercayai berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol yang berlangsung di sebuah hotel. Tindakan individu itu dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan ucapan persidangan daripada ahli itu.

Kami dengan sekeras-kerasnya menolak politik samseng seperti yang ditunjukkan oleh pegawai berkenaan. – Datuk Mohd Zaidy

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bahau dan siasatan bakal dijalankan mengenai kes ini.

Kredit: Sinar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas