Connect with us

Oh! Media

Rumah Mangsa Banjir Rosak Teruk! Ini Apa Yang Dilakukan Kerajaan

Oh! Negara

Rumah Mangsa Banjir Rosak Teruk! Ini Apa Yang Dilakukan Kerajaan

Bencana banjir yang melanda Malaysia bermula akhir tahun lalu sememangnya menjejaskan banyak keluarga. Ada rumah yang rosak dan ada juga yang hilang terus tempat berteduh. Disebabkan itu, mangsa banjir amat memerlukan bantuan dari kerajaan unutk meneruskan kehidupan.

ADVERTISEMENT

Rumah rosak teruk akan diganti dengan baru

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti sejumlah 2,044 rumah mangsa banjir. 1,879 unit rumah dari jumlah itu akan dibaik pulih dan 165 buah rumah lagi akan dibina untuk menggantikan rumah mangsa banjir yang rosak teruk.

Perkara ini disahkan oleh Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan memperuntukkan RM50 juta bagi membina rumah baharu di bawah inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia. Ini bermakna setiap rumah akan menelan kos sebanyak RM303,030 lebih kurang.

Rumah baharu akan siap 3 hingga 4 bulan bergantung kesediaan tapak rumah

Kementerian telah memulakan kerja-kerja pembaikan sejak Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu, Negeri Sembilan, manakala empat buah rumah lagi dilaksanakan di daerah Mentakab dan Temerloh, di Pahang.

Selain peruntukan membaik pulih dan bina baharu, kementerian turut menyedia peruntukan RM50 juta untuk projek ameniti sosial dengan skop baik pulih dan bina baharu kemudahan awam seperti balai raya, surau, longkang atau parit, jambatan serta titi di luar bandar.

RM50 juta untuk bina rumah, ditambah lagi RM50 juta untuk kerja baik pulih jalan dan kemudahan lain. Alhamdulillah. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas