Connect with us

Oh! Media

Rosmah Mansor Diberi Pasport Sementara Untuk Jaga Anak Perempuannya Di Singapura

rosmah mansor

Oh! Negara

Rosmah Mansor Diberi Pasport Sementara Untuk Jaga Anak Perempuannya Di Singapura

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasportnya bagi kegunaan sementara.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Netizen Terkejut Lihat Najib & Rosmah Dalam Netflix

Menurut Astro Awani, Rosmah ke Singapura untuk menemani anak perempuannya yang dijangka melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Menetapkan syarat buat Rosmah

rosmah mansor

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan syarat buat Rosmah untuk kembalikan semula pasport pada atau sebelum 6 Disember 2021.

Mahkamah membenarkan permohonan pemohon dan pasport dipulangkan pada 15 Oktober, hari ini. – Hakim

Rosmah perlu menghadiri prosiding perbicaraan bela diri yang akan berlangsung pada 21 Oktober. Oleh itu, Rosmah hanya dibenarkan ke Singapura pada 22 Oktober dan perlu pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.

Menerusi laman Astro Awani, Datuk Jagjit wakil kepada Rosmah memberitahu mahkamah, bahawa anak perempuan pemohon, Nooryana Najwa sedang sarat mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak keduanya di Singapura.

Rosmah perlu berada di samping anaknya kerana anaknya mempunyai sejarah komplikasi berisiko tinggi ketika bersalin dan pemohon berharap untuk berada di sisi anaknya sebelum, sewaktu dan selepas bersalin.

Permohonan tidak dibantah

Peguam Rosmah Mansor telah memohon pasport dilepaskan sementara dan akan dipulangkan pada 24 November. Permohonan ini tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam.

Namun, pendakwaan menegaskan pemohon tidak boleh mengganggu tarikh perbicaraan dan memohon garis masa yang ditetapkan. Rosmah kelihatan tidak hadir pada prosiding hari ini dan hanya mewakilkan peguam bagi pendengaran permohonan itu.

Dalam permohonan fail, Rosmah merancang perjalanan dari hujung Oktober hingga awal Disember bagi menjaga anak perempuannya yang sarat mengandung di Singapura. Beliau juga mengharapkan kerjasama polis serta Jabatan Imegresen.

Perbicaraan di hadapan Mohamed Zaini bersambung 21 Oktober ini dengan pihak pendakwaan akan menyoal balas Rosmah atas tuduhan yang dikenakan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas