Connect with us

Oh! Media

Muhyiddin Tetap Akan Nasihat Agong Untuk Bubar Parlimen

Oh! Negara

Muhyiddin Tetap Akan Nasihat Agong Untuk Bubar Parlimen

Apa perkembangan politik di Malaysia setakat hari ini? Apa yang boleh dilihat, sesuatu akan berlaku nanti apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menyatakan pendirian untuk membubarkan parlimen.

ADVERTISEMENT

Muhyiddin turut menyatakan akan menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja pandemik Covid-19 di negara ini dapat diatasi.

Negara perlu mengatasi Covid-19 sepenuhnya jika mahu melakukan pilihan raya yang melibatkan rakyat untuk keluar mengundi.

Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan yang ada untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak ini.

Sebaik sahaja pandemik ini berakhir, saya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.Sehingga waktu itu, saya dan rakan dalam Kabinet akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. – Katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin sebelum ini memaklumkan di Twitter telah menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sokongan ini dilakukan oleh YB Larry Sng Wei Shien Ahli Parlimen Julau dan YB Steven Choong Shiau Yoon Ahli Parlimen Tebrau.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas