Connect with us

Oh! Media

KWSP Untung RM48.02 Bilion Bukan Alasan Untuk Desak Pengeluaran Simpanan

Ohmedia kwsp

Oh! Negara

KWSP Untung RM48.02 Bilion Bukan Alasan Untuk Desak Pengeluaran Simpanan

Ramai betul yang rasa teruja dan mengharapkan pengeluaran simpanan KWSP untuk kali ke-4 selepas ada laporan mengatakan KWSP mengaut keuntungan pelaburan kasar sebanyak RM48.02 bilion. Jumlah ini sangat besar bagi rakyat biasa dan sudah tentu penyimpan KWSP mengharapkan berita gembira.

Untung bukan alasan keluarkan simpanan

Namun desakan meminta kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP tidak akan dilayan. Pandangan itu diberikan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global, Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid. Bagi beliau, hasil pelaburan ini adalah dalam bentuk jangka panjang dan ia tidak akan dapat dicapai sekiranya caruman dikeluarkan dalam jumlah yang besar.

Pengeluaran yang berterusan juga dilihat tidak wajar bagi menjamin keuntungan pada masa depan dan membolehkan dividen yang baik kepada pencarum.

IKLAN

Jadi, menerusi keuntungan ini nanti akan diterjemahkan dalam bentuk pulangan dividen yang baik untuk pencarum. Kalaulah KWSP mencairkan aset pelaburan demi pengeluaran secara ad hoc, jangan harap kita boleh capai untung sebegini.

Bukan sahaja pencarum yang mengeluarkan wang akan terjejas, pencarum yang tidak menuntut pengeluaran wang pun akan terpalit sama. Yang terbaik sekarang adalah mem­biarkan sahaja wang itu disimpan dalam KWSP bagi tujuan strategik pelaburan yang dirancang

Jadi pada pandangan korang? Patut atau tidak simpanan KWSP yang sepatutnya digunakan di hari tua kita terus dikeluarkan?

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas