Connect with us

Oh! Media

KJ Bidas Kenyataan Anwar, Tidak Kisah Orang Gelar Dirinya Dajal

khairy

Oh! Negara

KJ Bidas Kenyataan Anwar, Tidak Kisah Orang Gelar Dirinya Dajal

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin nampaknya tidak akan berkompromi lagi dengan golongan yang menolak vaksin Covid-19. Ini kerana golongan ini dilihat semakin tak terkawal dengan menyebarkan berita palsu kepada orang awam.

ADVERTISEMENT

Kementerian kesihatan selama ini mencuba memberikan penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19. Tidak hanya bercakap berdasarkan fakta, KKM turut telah menunjukkan bukti dan saintifik tentang keberkesanan vaksin ini.

Ketua Pembangkang rasakan KJ sombong

KJ juga sebelum ini menyatakan pihak kementerian akan menyusahkan kehidupan harian golongan antivaksin. Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menyifatkan apa yang dikatakan KJ itu sebagai satu langkah sombong.

Anwar merasakan kerajaan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Langkah yang sepatutnya diambil adalah dengan merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.

KJ pula bidas kenyataan Anwar

Khairy bagaimanapun tidak berdiam diri dan menyifatkan kerajaan telah memberikan masa yang cukup untuk rakyat berfikir dan membuat keputusan. Disebabkan itu sudah tiba masanya untuk dia lebih tegas untuk memastikan keselamatan awam.

Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan.

I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever. – Tulis Khairy di Twitter.

Apapun kita harapkan agar wabak Covid-19 ini dapat dibendung sepenuhnya. #kitajagakita

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas