Connect with us

Oh! Media

Kenang Jasa ‘Cleaner’, Anwar Ibrahim Mahu Pelajar Dilatih Cuci Tandas Sendiri

Oh! Negara

Kenang Jasa ‘Cleaner’, Anwar Ibrahim Mahu Pelajar Dilatih Cuci Tandas Sendiri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memeriksa tandas-tandas di sekolah negara ini yang bermasalah sejak berpuluh tahun dahulu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Masalah Asas Bukan Politik” – Anwar Ibrahim Ulas Isu Air Kelantan, Sabah

Perdana Menteri memberitahu kebanyakan tandas telah rosak sejak sekian lama dan tiada sebarang tindakan wajar telah diambil. Beliau juga mempersoalkan bagaimana ibu bapa nak hantar anak ke sekolah jika kemudahan itu tak dijaga dengan baik.

Cuci tandas sendiri

anwar

Dalam pada masa yang sama, Anwar menyarankan agar anak-anak kini dididik dengan sewajarnya untuk menjaga kebersihan dan mencuci sendiri kemudahan itu.

Anak-anak mesti dilatih untuk bersihkan tandas. Dulu semasa saya menteri pendidikan, saya arahkan semua sekolah buat giliran bersihkan tandas.

Perdana Menteri itu juga memberitahu terdapat juga segelintir golongan atasan yang tidak bersetuju dengan cadangannya tersebut.

Ada ibu-bapa profesional golongan atasan hantar telegram: “Menteri, saya hantar anak saya belajar di sekolah bukan untuk mencuci tandas.”

Menurut Anwar, perkara yang dicadangkan itu akan memberi latihan buat pelajar tentang kebersihan, serta menghormati orang lain termasuk pencuci tandas.

Dia (anak-anak) akan menghargai tukang cuci di jalanan, di tandas awam bahawa di sana ada nilai kerja.

Apa pendapat korang? Setuju atau tidak?

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas