Connect with us

Oh! Media

Ini Pandangan Menteri Kewangan Untuk Benarkan Pengeluaran KWSP Lagi Atau Tidak

kwsp

Oh! Negara

Ini Pandangan Menteri Kewangan Untuk Benarkan Pengeluaran KWSP Lagi Atau Tidak

Nampaknya pengeluaran KWSP yang dibenarkan kerajaan sebelum ini masih belum mencukupi selepas masih ada rakyat yang berharap agar ia dibenarkan untuk kali ke-4. Harapan ini disuarakan rakyat selepas menerima dugaan demi dugaan yang kini terpaksa menghadapi bencana banjir pula.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, sehingga hari ini kerajaan masih tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk meluluskan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Apa pula kata Menteri Kewangan Malaysia?

Reaksi sama turut dinyatakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di mana KWSP tidak sepatutnya digunakan sebagai jalan penyelesaian sesuatu cabaran.

Kalau untuk setiap bencana ni kita nak keluarkan simpanan KWSP. sampai bila-bila pun simpanan hari tua ni tak tercapai matlamatnya.

Sebelum ini, Tengku Zafrul berkata hampir 50 peratus atau lebih kurang enam juta pencarum mempunyai baki caruman kurang daripada RM10,000 dan golongan ini tidak akan mendapat faedah pun jika pengeluaran tambahan i-Citra RM10,000 dibenarkan.

Kerajaan ada sediakan bantuan lain kepada rakyat jika berlaku bencana

Tengku Zafrul turut menjelaskan kerajaan masih ada banyak cara lain untuk membantu rakyat yang terjejas akibat bencana. Kerajaan juga bertanggungjawab memikirkan kebajikan rakyat untuk jangka masa panjang, bukan hanya untuk jangka masa pendek.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas