Connect with us

Oh! Media

Ini Jawapan Tengku Zafrul Selepas Najib Dakwa Pembayaran Hutang 1MDB Tak Guna Duit Rakyat

tengku zafrul

Oh! Negara

Ini Jawapan Tengku Zafrul Selepas Najib Dakwa Pembayaran Hutang 1MDB Tak Guna Duit Rakyat

Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak mendakwa pembayaran principal hutang 1MDB tidak pernah menggunakan satu sen pun duit rakyat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bayar Hutang 1MDB Tak Guna Duit Rakyat” – Najib Razak

Hari ini persoalan yang sama ditanyakan semula oleh Lim Guan Eng yang mahukan penjelasan dari Menteri Kewangan tentang dakwaan ahli parlimen Pekan itu.

Tengku Zafrul kemudian menyatakan dakwaan hutang prinsipal 1MDB masih belum dibayar sehingga kini adalah sangat tidak berasas. Ini kerana jumlah hutang keseluruhan 1MDB adalah sebanyak rm38.8 bilion dan ia terbahagi kepada dua iaitu hutang prinsipal RM32.3 bilion dan faedah RM6.5 bilion.

Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi.

Hutang prinsipal juga hanya kan mula matang pada tahun 2022 hingga 2039. Berikut adalah pecahan hutang yang digunakan 1MDB.

Prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Energy Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas