Connect with us

Oh! Media

“Anwar Khianat..” – Muhyiddin Bersuara Isu PMX Lantik Nurul Izzah Jadi Penasihat Kanan

Muhyiddin minta Anwar letak jawatan

Oh! Politik

“Anwar Khianat..” – Muhyiddin Bersuara Isu PMX Lantik Nurul Izzah Jadi Penasihat Kanan

Rasanya semua dah tahu yang Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menerima penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan selepas melantik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan anaknya sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA : Perdana Menteri Ke-10 Terima Penasihat Kanan Baru Bagi Ekonomi Dan Kewangan

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yaasin mengatakan yang Anwar dah Nurul Izzah perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana mendakwa Perdana Menteri tidak memegang pada janji apabila mengkhianati semangat perjuangan reformasi.

Bukan tu jer, Muhyiddin juga berkata yang masa depan Nurul Izzah dalam politik tidak seharusnya dicemarkan dengan pelantikan dibuat tidak kena pada tempatnya.

Anwar pula masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan…letak jawatan sebagai Menteri Kewangan dan seharusnya fokus kepada tugas sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi ketika rakyat dan negara sedang menghadapi waktu yang sukar.

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tercetus apabila Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak, adalah juga Menteri Kewangan. Anwar tidak patut mengulangi kesilapan sama.

Apa pandangan korang tentang apa yang diperkatakan Muhyiddin ini? Apapun, semoga yang terbaik untuk negara kita.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Politik

30 Hari Paling Trending

Ke Atas