
Oh! Politik
Anwar Ibrahim Akan Bincang Dengan Jemaah Menteri Tentang Naikkan 20% Caruman KWSP Majikan. Patut Atau Tidak?
Oleh
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini berkata Jemaah Menteri akan berbincang untuk menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 20 peratus untuk bahagian majikan.
Yang itu (gesaan menaikkan kadar caruman KWSP) ada dikemukakan, tetapi kita belum rujuk ke Jemaah Menteri. Kita akan bincang dulu. Ia membabitkan keputusan dasar. Ia ada kesan kepada kerajaan, majikan dan rakyat.
UNI-MLC anggap kenaikkan itu perlu untuk menjamin masa depan merekaya yang bersara…
Perkara itu dinyatakan PM ketika memberikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2023. Cadangan itu diberikan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) yang menggesa kerajaan menaikkan caruman majikan daripada 13% kepada 20%.
Kenaikan tersebut perlu dalam memastikan pekerja yang mahu bersara kelak mempunyai simpanan secukupnya mengikut keadaan semasa dalam KWSP mereka.
Jadi, adakah kenaikan caruman majikan ini baik untuk pekerja atau sebaliknya?
Sementara menanti perkara ini dibincangkan dalam Jemaah Menteri, Ohmedia tertarik dengan perkongsian seorang penulis isu politik dan sejarah geopolitik iaitu Ahmad Faezal di Twitter yang berkongsi pandangan tentang kebaikan dan keburukan jika kenaikan ini berlaku.
Apa Akan Jadi Kalau KWSP Dicarum 20%
— Ahmad Faezal (@AhmadFaezal4) May 2, 2023
Selama ni isu KWSP pasal orang minta suruh lepaskan kalau rakyat mohon. Biar kering kantung.
Tapi rupanya ada isu baru. Katanya Anwar nak bincang naikkan caruman majikan. Naik sampai 20% katanya.
Maka apa lagi — jom bedah. pic.twitter.com/tNC2mFNDFn
Kenaikan sehingga 20% bukan sedikit…
Dalam perkongsian itu, Faezal melihat kebaikan jika ia berlaku sudah pasti dapat dilihat dari simpanan hari tua pekerja yang akan naik dengan banyak.
Jika seseorang itu bergaji RM1,500, majikan akan mengeluarkan RM300 lagi untuk caruman KWSP pekerja dan jika gaji itu kekal selama 30 tahun, pekerja akan memiliki simpanan sebanyak RM312,000. Jumlah ini dilihat amat baik dan cukup untuk kegunaan hari tua nanti.

Itu kebaikan, apa pula keburukannya? Syarikat besar mungkin tiada masalah tapi peniaga kecil akan merana.

Bagaimana jika overhead sesebuah syarikat naik RM5,000?

Ini bahagian paling teruk yang mungkin akan berlaku…

Ada banyak lagi perkara yang dibangkitkan Faezal termasuklah impaknya kepada kerajaan, cukai dan inflasi yang akan berlaku. Apapun, kita nantikan perbincangan di Jemaah Menteri dan kita sebagai rakyat harapkan keputusan yang terbaik dapat diputuskan.
Kredit: Twitter
