Oh! Podcast
Shatirah Amanda Kongsi Kisah Seram Diganggu Semasa Solat
Dalam episod pertama Oh! Seram, selebriti Shatirah Amanda berkongsi pengalaman peribadi yang buat ramai meremang bulu roma. Antara pengalaman seram yang dikongsi, ketika sedang solat, dia terasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikannya. Kisah ini jadi lebih menakutkan kerana ia berlaku sewaktu solat, satu momen yang sepatutnya tenang dan penuh khusyuk.
Lebih seram lagi, Amanda mengaku dia mampu melihat perkara yang tak semua orang boleh nampak, kelibat dari alam lain yang sukar dijelaskan. Selain itu Amanda juga beritahu ‘kelebihannya’ itu bermula sejak kecil lagi.
Kisah Amanda bukan sekadar cerita seram kosong. Ia mengundang persoalan lebih besar tentang kewujudan alam ghaib yang selama ini hanya kita dengar melalui cerita orang lain. Apa yang diceritakannya membuka ruang untuk kita berfikir, sejauh mana dunia yang tidak dapat kita lihat ini benar-benar wujud di sekeliling kita?
Terdapat beberapa lagi pengalaman seram yang dikongsikan dalam podcast Oh! Seram. Kalau berani, jangan lupa tonton episod penuh Oh! Seram dan dengar sendiri kisah Amanda yang buat penonton tak senang duduk!
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 17 hours ago