Oh! Podcast
Dari Malaysia ke Antarabangsa, Perjuangan Ayez Shaukat Sebagai Ahli Gusti Profesional
Dalam episod kali ini, kami di Oh! Podcast berpeluang menjemput seorang tokoh utama dalam dunia gusti profesional Malaysia — Ayez Shaukat, bersama anak muridnya yang berbakat besar, Diana atau lebih dikenali di gelanggang sebagai Pheonix.
Shaukat, nama yang tidak asing lagi dalam arena gusti tempatan, berkongsi tentang perjalanan luar biasa beliau dalam membangunkan sukan yang jarang diberi perhatian di Malaysia. Antara momen paling manis yang dikongsikan ialah detik bersejarah apabila beliau memenangi sebuah pertandingan televisyen yang menghadiahkan pengalaman makan tengah hari bersama lagenda WWE, Booker T. Momen itu menjadi titik tolak kepada pembentukan Malaysia Pro Wrestling.
Beliau juga bukan sahaja aktif melatih bakat-bakat muda, malah turut terlibat secara langsung dalam industri hiburan sebagai koreografer aksi untuk pelbagai filem dan drama tempatan.
Tidak ketinggalan, Pheonix turut berkongsi pengalaman beliau sebagai pelatih wanita dalam bidang yang didominasi lelaki, satu perkongsian yang membuka mata tentang kekuatan, keazaman dan semangat wanita berhijab dalam dunia gusti.
Dalam episod penuh inspirasi ini, Shaukat membongkar realiti industri gusti profesional di Malaysia – kisah jatuh bangun, cabaran mendapatkan pengiktirafan, dan impian masa depan yang belum selesai.
Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kisah sebenar di sebalik gelanggang. Dengarkan sekarang di Oh! Podcast.
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 17 hours ago