Connect with us
#ThinkTwice

Oh! Inspirasi

TikTok #ThinkTwice, Ajak Rakyat Malaysia Berfikir Dahulu Sebelum Komen. Wujud Komuniti Dalam Talian Positif

Baru-baru ini, TikTok dengan kerjasama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), All Women’s Action Society (AWAM), Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), telah melancarkan kempen #ThinkTwice.  

#ThinkTwice? Katanya, ia bertujuan untuk menggelakkan buli siber. Berkesan ke? 

IKLAN

Apa Itu #ThinkTwice? 

Kalau korang nak tahu, kempen #ThinkTwice bertujuan untuk mendidik pengguna media sosial untuk lebih prihatin terhadap setiap perkongsian, komen dan hantaran yang dikongsikan dalam dunia siber. 

TikTok juga telah menyediakan webinar dan sumber yang berasaskan maklumat dan pendidikan bagi setiap pengguna. 

Paling menarik, TikTok telah bekerjasama dengan pencipta kandungan seperti, tapir kegemaran netizen @yimotapir dan TikTok Coach kesayangan semua @wfsufina bagi menghasilkan mesej positif dan meningkatkan kesedaran tentang fungsi keselamatan dalam aplikasi TikTok melalui animasi kreatif.

Bersedia Berikan Sokongan, TikTok Bakal Mengadakan Sesi Siaran Langsung 

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, TikTok juga akan mengadakan sesi LIVE sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada bulan Oktober. TikTok akan menampilkan perbincangan mengenai kesihatan mental dan cara mengatasinya dalam dunia digital.

Sesi siaran langsung ini akan dihadiri pakar kesihatan mental dan pencipta kandungan, yang akan membawakan perbincangan berharga mengenai kesedaran kesihatan mental.  

Tunggu apa lagi? Jom mulakan perubahan di dalam komuniti kita bersama dengan #ThinkTwice, bersama TikTok. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen #ThinkTwice, sila klik SINI.

Saya bukan ratu berita tapi RATU PENULIS KANDUNGAN BERBAYAR HIHIHI

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas