Connect with us

Oh! Media

Terpaksa Pinjam WiFi Nenek Saudara Untuk Ulang Kaji

Spm

Oh! Inspirasi

Terpaksa Pinjam WiFi Nenek Saudara Untuk Ulang Kaji

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Sekatan Pergerakan Penuh (SKP) dikuatkuasakan, kelas pengajaran dan pembelajaran terpaksa dilakukan di rumah bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

Walaupun begitu, ia bukan menjadi penghalang buat Nurul Firzannah Mohd Azman, 18, memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Al Aziz, di sini, yang juga anak kepada pasangan tukang jahit dan pekebun sawit itu memperoleh 8A dan 1A+ dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini.

IKLAN

Nurul Firzannah berkata, tahap kelajuan internet di kawasan rumahnya Kampung Tanjung Medan agak kurang baik menyebabkan dia sukar mengikuti kelas secara atas talian.

“Akibatnya saya pernah terkeluar dari kelas, malah untuk memuat naik sesuatu atau mencari bahan juga agak lambat.

“Sebab itu kalau ada kelas saya akan ke rumah nenek saudara di sebelah kerana rumahnya ada WiFi bolehlah tumpang sekejap untuk belajar,” katanya ketika ditemui selepas menerima sagu hati daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belanja, Khairudin Abu Hanipah, hari ini.

Walaupun tidak dinafikan pernah merasa tertekan, Firzannah tetap menguatkan semangat demi ibu, Faridah Shaari, 54, dan bapa, Mohd Azman Zainuddin, 56.

“Apabila tertinggal kelas cikgu akan bagi pautan video untuk belajar. Saya juga selalu bertanya pada cikgu atau membuat panggilan video dengan kawan untuk menanyakan pelajaran yang tidak difahami.

“Saya lebih suka belajar secara bersemuka sebab lebih mudah faham dan boleh tanya terus pada cikgu tetapi kelebihan belajar secara dalam talian juga lebih banyak maklumat boleh dicari. Apa pun alasan bukan penghalang kita belajar,” katanya yang mengamalkan solat Tahajud dan ulang kaji pelajaran selepas itu.

Kredit : HarianMetro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas