Connect with us

Oh! Media

“Tak Susah Jaga Adik Sindrom Down Kalau Kita Sayang Mereka”- Bengah Sedih Kenang Nasib Adik Bella

sindrom down

Oh! Tidak

“Tak Susah Jaga Adik Sindrom Down Kalau Kita Sayang Mereka”- Bengah Sedih Kenang Nasib Adik Bella

Gembira rasanya bila lihat rakyat Malaysia akhirnya dapat pulang ke kampung dan berkumpul bersama keluarga besar dan kawan-kawan. Ada banyak perkongsian yang dapat buatkan kita tersenyum dan antara yang menarik perhatian netizen adalah perkongsian seorang personaliti media sosial, Bengah yang sebak mengenangkan nasib adik Bella yang telah diseksa.

ADVERTISEMENT

Bengah berasa sedih mengenangkan nasib adik Bella memandangkan dia juga mempunyai adik sindrom yang berusia 24 tahun.

Ramai followers yang DM minta saya beri pendapat tentang kes Bella tapi kes tersebut masih dalam perbicaraan. Ikutkan memang rasa gatal mulut nak bersuara tapi lebih baik menahan daripada tersalah kata. Ramai followers pun bukannya saya ada kuasa nak jatuh hukum. – Katanya kepada mStar.

Bengah merasakan dirinya hanya mampu bercakap perkara positif dan doakan yang terbaik dan keadilah buat Bella.

bengah bella 2
Afiatul di tengah merupakan adik kepada Bengah.

Bengah dalam pada itu turut mengakui agak mencabar untuk menjaga seorang anak istimewa dan kita hanya boleh memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.

Memang mencabar jaga Afiatul, sebab dia ada mood dia tapi boleh dikawal. Mereka mungkin merajuk atau merengek tapi tidak sampai mencederakan diri sendiri.

Setiap tahun akan sedondon dengan adiknya dan tahun ini Afiatul pilih warna hijau.

Bengah, isteri dan anak memang sedondon dengan Afiatul. Dah beberapa tahun setiap kali raya Bengah akan samakan dengan Afiatul.

Sebab Bengah dan Afiatul sangat rapat. Sampaikan bila keluar video Bengah bersama Afiatul di TikTok pun orang ingat Afiatul tu anak Bengah. Mungkin sebab cara saya pimpin tangan Afiatul dan kerap buat video bersama dia.

“Tak susah jaga adik sindrom down kalau kita sayang mereka.” – Bengah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas