Connect with us

Oh! Inspirasi

Anggota Polis Maut Kejar Penjenayah, Ebit Lew Bergegas Ke Johor Beri Pengormatan

Baru-baru ni ada seorang anggota polis yang maut dalam kemalangan dan kematian anggota polis itu dikatakan berlaku semasa mengejar penjenayah. 

MPV yang dinaiki polis itu telah terbalik dan menyebabkan seorang anggota polis maut di lokasi kejadian, dan rakan setugasnya pula mengalami kecederaan parah.

IKLAN

Tersentuh dengan pengorbanan anggota polis yang maut itu, pendakwah terkenal, Ebit Lew dikatakan sempat melawat keluarga mendiang Nicholester Dadup Unggat, 20, malam tadi.

Ebit juga ada menulis di status laman Facebook miliknya, beliau melahirkan rasa sayu dengan pemergian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang disifatkan sebagai pejuang demi menjaga keamanan negara.

Beliau terharu kerana tidak menyangka kedatangannya di sambutan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay biarpun tiba di Johor pada lewat malam.

Saya terus bergegas ke Johor. Sampai sahaja di Johor terharu sangat dengan sambutan Ketua Polis Johor yang teramat saya hormati dan sayangi Datuk Ayob Khan yang menanti saya dan bawa saya ziarah mereka (keluarga anggota) walaupun sudah malam. – Katanya.

Menurut Ebit, kakak mendiang Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23 terharu dan tidak menyangka dengan kedatangannya. 

Kakaknya menangis saja tadi. Mendiang akan dibawa ke Sibu oleh PDRM semuanya. Sejak kecil beliau ingin menjadi polis. Banyak kali temuduga naik bas. Cita-citanya mahu menjadi polis. Baru berumur 20 tahun.

Saya sempat beri kata semangat dan ucap takziah serta meminta dia bersabar. Baik kakaknya. Ulang kali cakap terima kasih. – Katanya.

Dalam lawatan itu, Ebit turut meluangkan masa menziarah keluarga Mohamad Fadhirul dan memberi sumbangan RM2,000 kepada keluarga dua anggota polis itu.

Isteri dan anak semua ada di kawasan hospital. Sayu saya rasa. Menangis isterinya. Allahuakbar.

Saya beri sumbangan RM2,000 setiap keluarga. Tidak terbalas perjuangan dan pengorbanan mereka. Semoga keluarga semua tabah. – Katanya.

Mulia sungguh hati Ebit Lew, sanggup ke Johor semata-mata nak melawat dan bagi sumbangan untuk keluarga mendiang. Semoga Ustaz sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Kredit: Harian Metro

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas