Connect with us

Oh! Media

Dari ‘Craving’ Ke Pasaran Istanbul, Ini Kisah Sebenar Pengasas Aiskrim Mokti’s

20230425 140819 0000

Oh! Inspirasi

Dari ‘Craving’ Ke Pasaran Istanbul, Ini Kisah Sebenar Pengasas Aiskrim Mokti’s

Siapa di luar sana yang pernah cuba atau dengar mengenai aiskrim jenama tempatan, Mokti’s? Aiskrim ini popular kerana menggunakan 95% gula apong yang diperbuat dari pokok nipah.

BACA: Kedai Untuk Orang Lapar? Cuba Tengok Aiskrim Dia Tu

Tapi, tahukah korang bahawa perjalanan hidup pengasas jenama aiskrim ini bermula dengan sekadar craving? Uish, serius lah jom kita check!

IKLAN

Kisah sebenar Mokti’s

Mokti's

Pengasas bagi jenama aiskrim ini merupakan seorang pelajar UiTM bernama Siti Fatiham Adnan. Beliau merupakan seorang rakyat Perlis dan tinggal di Bintulu, Sarawak sebagai seorang suri rumah sebelum memulakan perniagaan.

Di Sarawak, Fatimah telah menemui aiskrim gula apong yang hanya terdapat di negeri itu. Sekembalinya dia di kampung pada 2014, dia benar-benar inginkan aiskrim tersebut namun tidak ditemui di mana-mana kawasan negeri Perlis.

Mokti's

Rasa rindu dan craving beliau terhadap aiskrim gula apong membuatkan Fatimah sendiri belajar membuatnya. Kedai pertama yang dibuka bernama Q Aiskrim dan terletak di Jejawi, Perlis. Pembukaan kedai tersebut merupakan batu lonjakan buat Fatimah dalam mengembangkan perniagaan.

Pada 2019, Fatimah telah menamakan jenama aiskrim miliknya sebagai Mokti’s Aiskrim. Mokti diambil sempena nama Mok Fatimah yang merupakan nama panggilannya dari keluarga sebelah suami di Sarawak.

Mokti's

Kini, Fatimah telah berjaya membuka 85 cawangan dan 3 kilang bagi membantu jenamanya. Terbaru, beliau telah berjaya membuka cawangan di Istanbul, Turkey pada tahun ini. Jenama Mokti’s ini juga menyediakan aiskrim gelato, kopi dan pelbagai manisan yang lain.

Banyak kita boleh belajar dari kisah Fatimah ini, memang inspirasi betul!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas