Terbaru, anak sulung mereka Sophea Isabella yang berumur 13 tahun menerima tiga tawaran melanjutkan pelajaran di sekolah menengah.
Anak Dr Sheikh Muszaphar dapat 3 tawaran
Tiga tawaran tersebut adalah Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYS) dan Kolej Genius Permata Pintar.
Difahamkan, ketiga-tiga sekolah berasrama penuh ini semuanya mempunyai reputasi akademik yang baik. Patutlah Dr Sheikh Muszaphar sampai dilema nak membuat pilihan!
Kongsi angkawasan ini lagi, beliau menitiskan air mata kerana menjadi saksi kesungguhan Bella dalam menuntut ilmu.
Iyalah, sebagai seorang bapa beliau mestilah berasa bangga dan mengharapkan yang terbaik kan? Tahniah buat Bella.
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar pada Jumaat berkongsi reaksi Bella sebaik mendapat tahu mendapat peluang ke TKC.