Connect with us

Oh! Media

“10000 Dollar Punch” – Johan Ghazali Tewaskan Lawan Dengan Pukulan ‘Knockout’ 16 Saat

Johan Ghazali

Oh! Inspirasi

“10000 Dollar Punch” – Johan Ghazali Tewaskan Lawan Dengan Pukulan ‘Knockout’ 16 Saat

Hanya 16 saat diperlukan peserta remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar untuk menewaskan peserta tuan rumah, Padetsuk Fairtex dengan pukulan ‘knockout’ (KO) dalam pusingan pertama.

Menerusi laporan Harian Metro, ini merupakan penampilan sulung Johan dalam siri ONE Championship menerusi pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok Thailand.

BACA: (Video) Petinju Dari Thailand Meninggal Dunia, Terima Pukulan ‘Knockout’ Dari Petinju Malaysia

IKLAN

Baru berusia 16 tahun, remaja berasal dari Sarawak ini memerangkap lawan dengan kombinasi pukulan bertubi-tubi pada sasaran tepat sehingga lawan tak mampu meneruskan saingan.

Pukulan KO daripada Johan Ghazali

Ujar Johan lagi, dia membuat latihan intensif selama 8 jam sehari iaitu empat jam mulai jam 6 pagi dan empat jam pada sebelah petang mulai 4 petang.

Di ruangan Instagram, para peminat sukan ini meninggalkan ucapan tahniah dan kagum dengan aksi menakjubkan tersebut.

10k USD bonus

Johan Ghazali Muay Thai

Terdahulu, remaja ini berterima kasih di atas peluang yang diberikan ONE Championship dan wang bonus yang dimenanginya. Dia menghargai penyokong yang memberikan sokongan penuh sejak dari hari pertama dia dalam bidang ini.

Kredit: Harian Metro | Instagram Johan Ghazali

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas