Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Tetap Baharu

Oh! Negara

Zahid Hamidi Sahkan Tiada Lagi Pencen Untuk Penjawat Awam Tetap Baharu

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sesuatu yang diluar jangka untuk lantikan penjawat awam baharu akan datang.

ADVERTISEMENT

Kabinet dimaklumkan sudahpun bersetuju untuk tidak memberikan pencen kepada penjawat awam lantikan baharu. Bagaimanapun, tempoh serta tarikh pelaksanaan ini akan diumumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) nanti.

Beliau berkata, bagi penjawat awam tetap sedia ada, status berpencen mereka tidak pun terjejas, sementara penjawat awam baru itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Apa yang sudah dibincangkan dalam Kebinet tadi, bahawa terdapat kekeliruan daripada kenyataan bahawa jawatan atas pengambilan baru kerajaan adalah perjawatan kontrak. Ia tidak bermaksud begitu.

(Tapi) kontrak untuk satu tempoh singkat sebelum Kabinet meluluskan dasar baru pengambilan secara tetap tapi tidak berpencen. Iaitu mereka akan mencarum kepada KWSP dan kerajaan akan memberikan sumbangan sebagaimana lazim dilakukan kepada kakitangan swasta.

Mana-mana yang layak, juga diberikan sumbangan Perkeso. Sebab itu langkah jangka panjangnya, penjawat awam yang baharu akan diambil cara begitu. Tapi yang sedia ada sekarang masih diteruskan, tetap dan berpencen. Saya ingin jelaskan, itu yang baru saja (tiada pencen).


Zahid Hamidi kemudian menjelaskan keputusan itu dilakukan selepas melihat negara perlu menanggung kos sebanyak RM120 bilion setahun pada tahun 2040 sekiranya pencen diteruskan.

Tentunya ini akan memberikan bebanan jangka panjang kepada kerajaan khususnya Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) apabila portfolionya besar kemungkinan tidak mampu untuk membuat pelaburan bagi memberikan dividen atau pulangan sepatutnya.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baru kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas