Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Bersyukur, Terima Kasih Atas Kepercayaan PM Dan Rakan-Rakan BN

Cover Photo Om 1200 X 675 39

Oh! Negara

Zahid Hamidi Bersyukur, Terima Kasih Atas Kepercayaan PM Dan Rakan-Rakan BN

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumum sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) bersama Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Meskipun pelbagai respon yang diberikan masyarakat di atas pelantikan itu, Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada PM.

Luah rasa syukur dan terima kasih

Selain berterima kasih kepada Perdana Menteri, Zahid Hamidi turut menyampaikan penghargaan kepada rakan-rakan dalam Barisan Nasional yang beri kepercayaan kepadanya untuk ada dalam Kabinet.

IKLAN

Amanah ini bukanlah ghanimah (harta rampasan perang), namun satu taklif iaitu tanggungjawab yang sangat berat dalam suasana ekonomi dunia diramal amat mencabar tahun depan.

Beliau yakin kerajaan perpaduan yang dibentuk ini mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat namun dengan syarat semua pihak perlu menghentikan provokasi yang boleh mencetuskan kegusaran.

Usah diganggu ketenteraman dan perpaduan masyarakat serta usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negara selepas ini.

Zahid Hamidi mengajak semua pihak bekerjasama demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Ketidakstabilan politik yang banyak merosakkan kemakmuran negara perlu dihentikan katanya.

Kredit: Instagram Ahmad Zahid Hamidi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas