Oh! Negara
Wanita Palestin Tular Buat Kekecohan Akan Dihantar Pulang Ke Gaza
Seorang wanita warga Palestin yang tular kerana membuat kekecohan dan merosakkan harta benda awam di Wisma Transit, Kuala Lumpur, akan dihantar pulang ke Gaza dalam masa terdekat.
Wanita tersebut, bersama seorang lagi, adalah antara 127 warga Palestin yang tiba di Malaysia pada 16 Ogos lalu untuk mendapatkan rawatan susulan serangan Israel ke atas Gaza. Video tular menunjukkan wanita itu hilang kawalan, memecahkan pasu dan menendang meja kerana tidak dibenarkan tinggal di luar Wisma Transit.
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, mengesahkan wanita tersebut akan dihantar pulang selepas pertemuannya dengan Kementerian Pertahanan dan wakil Ops Ihsan.
Kami bersetuju ini adalah insiden terpencil dan tidak mewakili rakyat Palestin. Ia memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.- Katanya.
Walid turut memberi amaran kepada rakyat Palestin di Malaysia agar menjaga kelakuan mereka.
Jika tidak gembira, mereka boleh kembali. Menghantar wanita ini pulang harus menjadi pengajaran.- Tambahnya.
Beliau juga menghargai bantuan Malaysia kepada rakyat Palestin dan mengingatkan mereka untuk menghormati undang-undang negara ini.
Rakyat Palestin di sini perlu menghargai peluang yang diberikan, berbanding ribuan yang masih menderita di Gaza.- Katanya lagi.
Walid memohon maaf bagi pihak masyarakat Palestin dan meminta rakyat Malaysia memahami tekanan emosi yang mereka lalui.
Saya tidak akan membenarkan sesiapa merosakkan hubungan baik antara Malaysia dan Palestin. Kami akan sentiasa menghargai usaha Malaysia untuk rakyat Palestin.- Ujarnya.
Pada 16 Ogos lalu, Malaysia menyambut 127 warga Palestin yang cedera dibawa dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk rawatan.
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
[EKSKLUSIF] Ardell Mikeno Ditahan IDF, Sel 12 Penjara Syahid & Misi Sudan | Oh! Podcast Ep19
OH! MEDIA 15/11/2025 8:01 PM