Connect with us

Oh! Media

Waktu Menunggu Di Klinik Kerajaan Telah Dipendekkan Kepada 30 Minit

Ohmedia 5d26bf48 9a9d 4cde 81d1 fe431bfd1e21

Oh! Negara

Waktu Menunggu Di Klinik Kerajaan Telah Dipendekkan Kepada 30 Minit

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi satu berita baik di mana mereka berjaya kurangkan waktu menunggu di klinik kerajaan daripada tiga jam kepada 30 minit. Kejayaan ini dicapai menerusi pelaksanaan transformasi digital kesihatan yang sedang giat dijalankan.

Transformasi Digital Dari KKM

Kkm
Gambar Hiasan

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan tahun 2025 adalah pelaksanaan bagi segala perancangan yang telah dirangka.

Kita sudah pun mendigitalisasikan perkhidmatan utama, mengurangkan waktu menunggu di klinik penjagaan primer utama dari tiga jam kepada hanya 30 minit.

Dari 107 klinik antara 2007 hingga 2022 kepada 159 klinik pada 2024.

Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dilaksanakan KKM

Kkm
Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan korang, pelaksanaan transformasi itu menerusi strategi ‘satu individu satu rekod’ yang akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan yang terlibat.

IKLAN

Pada awal tahun ini saja, ia (jumlah klinik terbabit) meningkat sebanyak 48.6 peratus. 2025 adalah tahun pelaksanaan. Masa untuk menunaikan apa yang dijanjikan.

Sasaran KKM untuk fasiliti kesihatan 

Kkm
Gambar Hiasan

Setiap fasiliti kesihatan seluruh negara akan melaksanan transformasi digital dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang. Perkara itu menjadi sasaran utama KKM pada masa kini. 

Selain itu, integrasi sistem antara fasiliti kerajaan dan swasta juga menjadi fokus utama bagi memastikan akses kepada rawatan lebih cepat serta selamat.

#OhmediaNasihat 

Pelaksanaan transformasi digital sedikit sebanyak dapat membantu rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas dan sistematik. Semoga KKM terus komited dalam memastikan akses perubatan berkualiti untuk rakyat Malaysia.

Ohmedia 5d26bf48 9a9d 4cde 81d1 fe431bfd1e21

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas