Connect with us
tun mahathir

Oh! Negara

Tun Mahathir Sekali Lagi Cabar PMX, Anwar Ibrahim Untuk Dedahkan Kepada Rakyat

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi tampil menggesa PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan kekayaan yang dimiliki ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam era pentadbirannya.

Perkara itu dinyatakan Tun M selepas Anwar sebelum ini mencabarnya untuk menyerahkan separuh kekayaan kepada orang melayu. Anwar berkata sebegitu jika benar Tun M mahu membantu bangsa yang dikatakan masih ketinggalan.

IKLAN

Tun Mahathir gesa PM bantu rakyat dengan duit sendiri, bukannya duit kerajaan…

Tun M kemudian menggesa Anwar untuk turut menggunakan wang sendiri jika mahu membantu rakyat.

Konon nak suruh pemimpin lama isytihar kekayaan mereka dan bantu rakyat miskin. Anwar adalah satu dari pemimpin lama yang dituduh bantu kroni.

Dedahkan kekayaan di masa jadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut sekarang. Bantulah rakyat dengan duit sendiri, bukan duit kerajaan.

tun mahathir

Tidak cukup dengan itu, Tun M turut memberikan kebenaran kepada Anwar untuk mendedahkan ‘dokumen dalam kotak’ yang didakwa tersimpan bukti berbilion ringgit kekayaan Mahathir dan keluarga kepada mahkamah.

Di masa yang sama Anwar kononnya mempunyai maklumat tentang berbilion yang disapu oleh saya dan keluarga saya.

Tak payahlah menyuruh saya buat deklarasi kekayaan saya kerana kononnya Anwar tahu. Dia punyai banyak kotak dokumen yang kononnya penuh maklumat berkenaan kekayaan saya.

Di mahkamah tunjuk bukti yang ada pada Anwar akan kekayaan saya. Dengan itu pengisytiharan tentang kekayaan saya akan diketahui dunia. Tak perlu saya isytihar lagi. Tetapi Anwar juga perlu isytihar. – Kata Tun M lagi.

Kredit: Malaysiagazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas