Connect with us

Oh! Media

“Tidak Timbul Sama Sekali Perubahan Jemaah Menteri” – PMX Tiada Rencana Rombak Kabinet

Anwar Ibrahim

Oh! Negara

“Tidak Timbul Sama Sekali Perubahan Jemaah Menteri” – PMX Tiada Rencana Rombak Kabinet

Biarpun suasana dalam PKR kini sedang panas dengan pemilihan parti hujung minggu ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang rombakan kabinet akan dilakukan.

Jelas beliau, walaupun ada yang berhasrat mahu meletakkan jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan nanti, itu adalah hak individu.

“Tak timbul sama sekali perubahan jemaah menteri”

Anwar Ibrahim

Lapor Buletin TV3, Anwar Ibrahim berkata, pemilihan ini hanyalah pertandingan antara sahabat-sahabat dalam parti dan langsung tiada kaitan dengan Jemaah Menteri.

IKLAN

Ini pertandingan di antara sahabat-sahabat karib dan kawan-kawan setia, tidak timbul sama sekali perubahan Jemaah Menteri.

Beliau sama sekali tidak menghalang jika ada yang mahu berundur tetapi beliau sama sekali tiada perancangan untuk membuat rombakan.

Saya tidak tahu tapi kita tidak boleh halang orang punya cita-cita (ingin lepaskan jawatan dalam Kabinet jika tewas pemilihan), kalau tanya saya, tiada rencana sama sekali untuk buat apa-apa pun rombakan (Kabinet).

Rafizi sedia undur jika tewas?

Anwar Ibrahim

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara terbuka bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kali ini beliau dipertemukan dengan Nurul Izzah Anwar iaitu anak kepada PMX sendiri. Rafizi menyatakan, beliau mungkin lebih bebas untuk bersuara jika tidak terikat dengan jawatan menteri, terutamanya apabila melibatkan isu-isu tertentu.

Pssttt! PMX sendiri dah beri jaminan, jadi kita tunggu je lah keputusan pemilihan nanti ya.

Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas