Connect with us

Oh! Media

syed saddiq

Oh! Negara

Syed Saddiq Terpaksa Jadi Model Demi Cari Dana Untuk Rakyat Muar

Isu peruntukan wakil rakyat pembangkang terus menjadi perhatian selepas YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengakui terpaksa menjadi model bagi mendapatkan dana untuk menampung keperluan rakyat di kawasannya.

Menurutnya, tindakan ini terpaksa dilakukan kerana sehingga kini tiada peruntukan diberikan kepada Parlimen Muar, walaupun pelbagai rundingan telah dibuat dengan kerajaan.

IKLAN

Kalau tidak mahu beri peruntukan, cakap sahaja dalam Dewan Rakyat, jangan bermuka-muka. Sebab itu tidak baik. Saya harap perkara ini perlu ada politik yang matang supaya akhirnya bantuan diberikan tanpa mengira warna politik.

Beliau menegaskan bahawa isu peruntukan wakil rakyat bukan perkara baru, malah telah lama menjadi perdebatan sejak sekian lama.

Syed Saddiq terima RM1 juta dana hasil kerjasama dengan jenama fesyen…

Meskipun berdepan kesukaran mendapatkan peruntukan, Syed Saddiq bersyukur apabila berjaya mengagihkan sumbangan lebih RM1 juta untuk warga Muar hasil kerjasama dengan sebuah jenama fesyen tempatan terkenal.

Namun, beliau menjelaskan bahawa bantuan tersebut bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya diberikan dalam bentuk pakaian dan barangan keperluan harian untuk membantu golongan memerlukan.

Saya dah cuba berunding banyak kali, tapi tak berjaya, sebab itu saya lari dari Muar ke Parlimen, baru-baru ni jadi model.

Ada MP marah saya sebab saya jadi model, (sedangkan) saya terpaksa jadi model. Alhamdulillah, akhirnya dapat sumbangan lebih RM1 juta bagi Parlimen Muar.

Rundingan peruntukan dengan kerajaan masih buntu…

Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa beliau sudah lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Fadillah Yusof, namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Surat demi surat telah dihantar. Lebih 400 hari sudah berlalu, tapi bantuan daripada kerajaan ke Parlimen Muar masih kosong ringgit.

Tahun lalu, Fadillah memaklumkan bahawa rundingan peruntukan ahli Parlimen pembangkang secara individu masih terbuka, namun PN secara blok telah menolak draf cadangan MoU yang dikemukakan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengesahkan bahawa PN sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU tersebut atas empat sebab utama, termasuk bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan boleh disalah tafsir sebagai salah guna kuasa.

Sebelum ini juga, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendedahkan terdapat tujuh syarat yang didakwa dikenakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan wakil rakyat pembangkang mendapat peruntukan yang dituntut.

syed saddiq

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas