Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Mangsa Kesilapan Mahkamah? Peguam Dedah Pembelaan Tak Dipertimbangkan

Syedsaddiq

Oh! Negara

Syed Saddiq Mangsa Kesilapan Mahkamah? Peguam Dedah Pembelaan Tak Dipertimbangkan

Adakah Syed Saddiq benar-benar bersalah atau sekadar mangsa keputusan mahkamah yang terkhilaf? Isu ini semakin hangat diperkatakan selepas peguamnya mendakwa Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan pembelaan anak guamnya dalam kes pecah amanah dana Armada.

Memetik laporan Harian Metro, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik menegaskan bahawa Syed Saddiq tidak pernah mengarahkan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali dan bekas Penolong Setiausaha Armada, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, untuk mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi Armada.

Hakim gagal pertimbang pembelaan Syed Saddiq…

Syed Saddiq

Menurut Hisyam, mahkamah seolah-olah mengabaikan fakta bahawa pembelaan Syed Saddiq bukan sekadar penafian kosong tetapi disertai dengan penjelasan kukuh yang boleh menyangkal tuduhan terhadapnya.

IKLAN

Hakim bicara gagal untuk mengambil kira kes pembelaan, dan ini menyebabkan pelanggaran terhadap Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah.- Katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keputusan ini menyebabkan hak Syed Saddiq untuk mendapatkan perbicaraan yang adil terjejas teruk.

Syed Saddiq tak pernah luluskan dana lebih RM500,000…

Syed saddiq syed abdul rahman 20210523111146 bloomberg

Lebih mengejutkan, Hisyam menjelaskan bahawa sepanjang lima tahun Syed Saddiq bersama Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, beliau tidak pernah dipanggil untuk meluluskan sebarang dana melebihi RM500,000.

Beliau turut menyebut bahawa Syed Saddiq memanggil bekas Ketua Penerangan Armada, Ulya Aqamah Husamudin, sebagai saksi bagi mencabar naratif pendakwaan dan menegaskan bahawa keputusan mengeluarkan wang dibuat oleh kepimpinan G5 untuk tujuan bantuan kebajikan semasa pandemik Covid-19.

Saksi didakwa ubah keterangan kerana tekanan?

Syed Saddiq

Dalam hujahnya, Hisyam turut mendakwa bahawa Rafiq Hakim berada di bawah tekanan semasa siasatan oleh SPRM, menyebabkan beliau mengubah keterangannya demi memuaskan pihak berkuasa.

Dia berada dalam tekanan yang teruk ketika ditahan SPRM selama enam hari dan mengubah keterangannya selepas menyedari perbezaan istilah dalam Perlembagaan Bersatu.- Katanya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram.

Prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan akan bersambung esok dengan pihak pendakwaan dijangka memulakan hujahan.

#ApaKataOhmedia

Kes ini menjadi peringatan betapa pentingnya keadilan dalam sistem perundangan negara. Setiap individu berhak mendapat pembelaan yang adil tanpa sebarang tekanan atau pengaruh luar.

Semoga mahkamah dapat meneliti semua bukti dengan lebih terperinci untuk memastikan keputusan yang benar-benar adil buat semua pihak.

Syedsaddiq

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas