Connect with us

Oh! Media

Siapa Ketua Polis Negara Baharu? PMX Akan Tanya Agong

Anwar Ibrahim

Oh! Negara

Siapa Ketua Polis Negara Baharu? PMX Akan Tanya Agong

Siapa Ketua Polis Negara baharu? Anwar elak beri jawapan jelas walaupun ada laporan nama calon.

Isu pelantikan Ketua Polis Negara (KPN) baharu jadi bualan hangat bila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat enggan memberi jawapan jelas kepada media.

Ketika ditanya adakah nama calon KPN sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, jawapan Anwar cukup ringkas dan penuh tanda tanya.

Siapa beritahu? Istana Negara ke? Nanti saya tanya Yang di-Pertuan Agong dulu.- Katanya.

Laporan dakwa nama calon Ketua Polis Negara sudah dipersembah…

Ketua Polis Negara

Sebelum itu, satu laporan media tempatan mendakwa nama Ketua Polis Negara baharu telah pun diserahkan kepada Sultan Ibrahim dalam satu pertemuan bersama Perdana Menteri.

IKLAN

Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi dibuat oleh kerajaan atau pihak Istana sehingga kini. Ketika ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dijangka akan menamatkan kontraknya pada 22 Jun ini selepas dua tahun mengetuai PDRM.

Ini bermakna pelantikan baharu perlu dimuktamadkan dalam tempoh terdekat bagi memastikan kesinambungan dalam kepimpinan pasukan keselamatan negara.

Tiga nama disebut bakal pegang jawatan tertinggi PDRM…

Bakal ketua polis negara

Walaupun tiada pengumuman rasmi, sumber mendakwa tiga nama kini sedang dipertimbangkan untuk jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia.

Antaranya ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang terkenal dengan ketegasan dalam isu keselamatan dan jenayah berat.

Turut disebut ialah Datuk Seri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, serta Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang kini mengetuai Cawangan Khas.

Pssttt! Pelantikan Ketua Polis Negara bukan soal kecil. Ia melibatkan kepercayaan rakyat terhadap pasukan keselamatan negara. Siapa pun yang bakal dilantik nanti, harapnya mampu terus memperkukuh PDRM, berani lawan rasuah dan tegas jaga keselamatan negara. Yang penting, jangan ada ‘tangan ghaib’ tentukan siapa yang patut naik. Biar Agong buat keputusan, bukan politik semata.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas