Connect with us

Oh! Media

“Saya Pun Naik Darah!” – Sultan Pahang Murka Isu Pencerobohan Tanah

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Negara

“Saya Pun Naik Darah!” – Sultan Pahang Murka Isu Pencerobohan Tanah

Isu pencerobohan tanah di negeri Pahang kini mendapat perhatian serius apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri menzahirkan kemurkaannya terhadap perkara tersebut.

Baginda bertitah supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang sewenang-wenangnya menceroboh tanah tanpa kebenaran.

Sultan Pahang titah rakyat jadi ‘mata’ dan ‘telinga’…

Image

Dalam titah penuh bermakna sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, baginda turut menyeru agar rakyat turut sama membantu dalam membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini.

IKLAN

Jangan biarkan orang menceroboh tanah negeri Pahang ini. Saya pun naik darah juga melihat banyak kes pencerobohan tanah.

Baginda bertitah supaya rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan.

Sudah sampai masanya kita bertegas dengan mereka (penceroboh). Jagalah negeri dan bumi Pahang ini sebaik mungkin.

Namun begitu, baginda juga menitahkan agar segala tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan penuh hemah dan harmoni. Mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh semua pihak.

Pekebun haram bantah penebangan pokok duarian di Raub…

Image

Terdahulu, isu penebangan kira-kira 200 pokok durian Musang King di Sungai Klau, Raub menimbulkan kontroversi apabila pekebun mendakwa tanaman mereka dimusnahkan secara tidak adil.

Namun begitu, Kerajaan Pahang menegaskan bahawa operasi tersebut dilakukan mengikut undang-undang kerana kawasan tersebut telah diteroka tanpa sebarang kebenaran.

Operasi yang melibatkan kerjasama polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijangka berlangsung sehingga 3 Mei ini bagi mengekang aktiviti penerokaan haram yang semakin berleluasa.

Pssttt! Pencerobohan tanah bukan sahaja merugikan negeri, malah mencetuskan konflik dan kerugian jangka panjang. Laporkan aktiviti haram, dan bantu kerajaan negeri untuk menjaga bumi yang kita diami bersama.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas