
Oh! Negara
“Saya Lebih Selesa Tak Keluarkan Kenyataan Yang Boleh Sakitkan Hati Sesiapa” – Nurul Zahid
Oleh
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjaya mempertahan kerusi Parlimen Bagan Datuk selepas menang tipis 16,578 undi dengan majoriti 348 mengalahkan tiga calon parti lain.
BACA: Walaupun Menang Di Bagan, Tanda #ZahidHamidiLetakJawatan Trending Di Twitter
Anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah yang turut sama berkempen menyokong bapanya di Bagan Datuk meluahkan rasa terima kasih di atas sokongan rakan-rakan terhadapnya.
Dia juga sangat menghargai segala kata-kata semangat dan doa yang dikirimkan sama ada melalui pesanan Whatsapp atau Direct Message (DM) media sosial.
“Semua dah jadi ketetapan Allah SWT” – Nurul
Apa pun katanya, segala keputusan sudah menjadi ketentuan Allah SWT setelah pihaknya berusaha.
Allah sebaik-baik perancang. Dengan izin Allah kita menang dan dengan izin Allah juga kita kalah.
Tambah Nurul lagi, dia lebih selesa tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyakitkan hati sesiapa buat masa ini.
Dia memilih untuk kekal tenang dan berlapang dada kerana semua orang ada hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.
Terdahulu, Menteri Besar Johor menggesa Zahid Hamidi meletakkan jawatan Presiden UMNO dengan kadar segera untuk menyelamatkan parti itu.
Katanya, kemenangan hanya 9 kerusi parlimen di Johor pada PRU 15 menunjukkan orang Melayu telah menolak kepimpinan UMNO.
Kredit: Instagram Nurulhidayah
