Connect with us

Oh! Media

zahid hamidi

Oh! Negara

Saksi Dakwa Ada Hantar Bagasi Berisi Wang Tunai RM3 Juta Kepada Zahid Hamidi

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bekas pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd, David Tan bahawa beliau telah menghantar wang tunai sebanyak RM3 juta di dalam bagasi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri di Seri Satria, Putrajaya.

David mengakui dia pernah menhantar wang sebanyak itu sebanyak 2 kali tetapi tidak ingin tarikh kejadian. David berkata seperti itu ketika Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran melakukan pemeriksaan utama.

IKLAN

Saya ke rumah Ahmad Zahid dengan Wan Quoris (bekas pengarah UKSB). Kami ke ruang tamu, kemudian Wan Quoris mula bercakap mengenai operasi perniagaan dan juga isu politik. Selepas itu, Wan Quoris meminta diri dan keluar dari bilik tersebut.

Kemudian saya mengambil sampul yang berisi wang itu dan memaklumkan Datuk Seri bahawa ini sampulnya serta meninggalkan ia di atas meja. Salam Datuk Seri dan meninggalkan bilik itu.

Ketika perbicaraan, David mengakui dia adalah individu yang bertanggungjawab menghantar duit kepada Ahmad Zahid setiap bulan.

Saya diminta berbuat demikian oleh Harry (Lee). Saya juga beberapa kali terlibat menghantar wang tunai kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid). Saya telah membuat catatan untuk menunjukkan penghantaran wang tunai secara bulanan kepada Datuk Seri bermula dari Oktober 2014 hingga Ogos 2018. – Katanya.

UKSB tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung pembayaran itu, justeru itu saya terpaksa meminta rakan kongsi kami untuk membantu.

Dana dari Hong Kong itu akan disalur ke Malaysia melalui pengurup wang di Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada saya secara tunai. Selepas menerima wang tunai itu, saya akan menyimpannya di dalam peti keselamatan terlebih dahulu dan apabila tiba masa untuk membuat penghantaran, saya akan mengeluarkan jumlah yang diperlukan dan memasukkannya ke dalam sampul yang bertutup,

Kes rasuah melibatkan Ahli Parlimen Bagan Datuk ini masih berterusan ke hari ini dengan kehadiran beberapa saksi. Perbicaraan kes bersambung pada hari esok.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas