Connect with us

Oh! Media

Restoran Berputar 360 Menara KL Diarah Tutup Ketika Ramai Pelanggan

Hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Negara

Restoran Berputar 360 Menara KL Diarah Tutup Ketika Ramai Pelanggan

Korang pernah makan dekat restoran berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur tak? Ohmedia pernah la makan sini dulu masa cover event dulu, memang best! 

Apapun, hari ini kecoh dekat media sosial sekarang selepas restoran ini dikatakan diarah tutup serta merta ketika ramai pelanggan sedang menjamu selera.

Berdasarkan laporan, restoran ini diarah tutup oleh Mahkamah Tinggi dan turut diberi masa sehingga 4 Januari 2024 untuk mengosongkan premis.

IKLAN

Peguam bela Menara KL yang dimiliki Hydroshoppe Sdn Bhd memaklumkan mengenai perintah berkenaan yang dikeluarkan mahkamah.

Bailif Mahkamah Tinggi muncul di restoran kami pagi semalam dan mengarahkan restoran ditutup, dan ketika itu terdapat ramai pelanggan yang sedang menjamu selera.

Arahan ini dikeluarkan selepas Hydroshoppe Sdn Bhd dan seorang pengarah mereka didakwa di Mahkmah Sesyen pada 5 April lalu. Mereka didakwa atas dua pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terbabit dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Suzana Hussain dan Rozina Ayob.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas