Connect with us

Oh! Media

Portal Berita Rasmi Mohon Maaf Muat Naik Artikel Najib Razak Didakwa Dapat Pengampunan

najib razak

Oh! Negara

Portal Berita Rasmi Mohon Maaf Muat Naik Artikel Najib Razak Didakwa Dapat Pengampunan

Sekarang ni tiba-tiba kecoh satu dakwaan yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudahpun mendapat pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dilaporkan Utusan Malaysia tetapi pihak Utusan sebentar tadi menarik semula artikel terbabit dan membuat permohonan maaf.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak kerajaan bagi mengesahkan perkara ini.

Menteri didakwa kata ada mesyuarat bincang tentang pengampunan Najib Razak…

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa juga ada memberikan bayangan tentang perkara ini.

Kenyataan ringkas itu berkata satu mesyuarat telah diadakan di Istana Negara berhubung pembebasan Najib oleh Lembaga Pengampunan.

Bagaimanapun, kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan dan kita nantikan sahaja kenyataan rasmi dari kerajaan.

Kredit: Harian Metro | Utusan Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas