Oh! Negara
PMX Tak Setuju Fahmi Reza Ditangkap Atau Didakwa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak bersetuju terhadap tindakan menangkap atau mendakwa aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza.
Hal ini berikutan penerbitan poster oleh Fahmi yang didakwa memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.
PMX tak kisah dikritik cuma jangan sentuh isu sensitif

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa secara peribadi, beliau tidak percaya setiap kritikan terhadap kerajaan atau Perdana Menteri memerlukan siasatan daripada pihak polis.
Terus-terang, saya fikir untuk maksud hal ini, saya nak gesa dan nasihat kepada MCMC dan polis, dalam kes kritikan kepada Perdana Menteri, biar sahajalah.-Katanya
Namun, beliau menegaskan bahawa sebarang isu yang menyentuh sensitiviti agama atau institusi Raja-Raja Melayu adalah di luar bidang kuasanya.

Menurut pihak polis, kes Fahmi disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
