Connect with us

Oh! Media

Permohonan UPUOnline 2025/2026 Kini Dibuka, Ini Tarikh Dan Cara Mohonnya!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Negara

Permohonan UPUOnline 2025/2026 Kini Dibuka, Ini Tarikh Dan Cara Mohonnya!

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma, dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka.

  • Fasa Pertama: 10 Februari – 14 Mac 2025
  • Fasa Kedua: 14 April – 18 Mei 2025 (hanya untuk program tanpa temu duga dan ujian)

Permohonan ini dibuka untuk 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti, dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Siapa boleh memohon?

Img 8835

Menurut laporan Harian Metro, permohonan terbuka kepada lepasan SPM dan STPM atau setaraf untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

IKLAN
  • Lepasan SPM: 350 program pengajian ditawarkan
  • Lepasan STPM/setaraf: 1,131 program pengajian ditawarkan

Cara membeli nombor pin UPUOnline

Bsn

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan Nombor Pin UPUOnline® yang boleh dibeli melalui:

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Mesin ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN

Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dilakukan mulai 9 Februari 2025. Pastikan anda menyimpan slip pembayaran sebagai bukti pembelian.

#OhmediaNasihat

Jangan tunggu saat akhir untuk memohon! Pastikan anda membaca syarat kemasukan, memilih program yang sesuai, dan mengisi maklumat dengan tepat untuk mengelakkan sebarang masalah. Semoga berjaya!

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas