
Oh! Negara
Perkembangan Terkini Empat Lagi Anggota FRU
Insiden menyayat hati yang melibatkan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) masih segar dalam minda kita dan kini empat daripada mereka masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tiga daripadanya dirawat di Hospital Teluk Intan iaitu Koperal Haslizal Mohd Ali, 44; Sarjan Mazlan Mat, 50 dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39. Seorang lagi, Koperal Syed Isfan Syed Mohammad, 32, kini menerima rawatan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Seorang lagi baru keluar dari hospital…

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin memaklumkan bahawa seorang anggota, Sarjan Mohd Parih Ali, 44, telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan sekitar jam 6.30 petang kelmarin.
Menurut ACP Bakri, perkembangan keempat-empat mangsa yang masih dirawat menunjukkan kemajuan positif.
Mereka kini bernafas dengan bantuan oksigen, sedar dan stabil. Saya anggap satu petanda baik. Kebanyakan kecederaan mereka berpunca hentakan akibat kemalangan itu.- Katanya.
Namun, beliau menegaskan bahawa proses pemulihan penuh dijangka akan mengambil masa yang agak lama.
Kebajikan keluarga anggota jadi keutamaan…

Bukan sekadar memberi sokongan moral, pihak polis juga komited untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa.
Kerana itu kami membuat lawatan berkala ke hospital untuk bertemu keluarga mangsa, mengenal pasti keperluan mereka dan membantu dari segi kebajikan.- Ujar ACP Bakri lagi.
Lawatan ini turut melibatkan pimpinan tertinggi polis yang mahu memberikan semangat buat keluarga yang sedang diuji. Antara yang telah dibenarkan keluar lebih awal ialah Koperal Nizam Tarmizi, 38, yang keluar pada hari kejadian.
Ini diikuti Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26 (14 Mei); Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39 (16 Mei); dan Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli, 34 (17 Mei).
Pssttt! Dalam setiap tragedi, ada cerita pengorbanan yang jarang diketahui ramai. Anggota polis bukan saja lindungi negara, tapi pertaruhkan nyawa demi tugas. Ohmedia tabik hormat kepada semua petugas barisan hadapan. Semoga semua mangsa cepat sembuh dan keluarga terus diberi kekuatan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
