Connect with us

Oh! Media

Pekebun Durian Musang King Haram Halang Tugas Penjawat Awam

Ohmedia pokok durian haram raub pahang

Oh! Negara

Pekebun Durian Musang King Haram Halang Tugas Penjawat Awam

Polis Raub sahkan menerima tiga laporan melibatkan tindakan pekebun haram menghalang tugas penjawat awam dalam operasi membanteras kebun durian haram di Sungai Ruan sejak 8 April lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata laporan itu dibuat oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pekebun dakwa tanaman ditanam 30 Tahun lalu…

Image
Image

Sekitar 50 pekebun didakwa bertindak menghadang laluan dengan kain rentang sebagai bantahan terhadap operasi memusnahkan tanaman yang dikatakan sudah 30 tahun ditanam.

IKLAN

Anggota polis bersama PGA Batalion 7 bagaimanapun berjaya mengawal keadaan tanpa berlaku sebarang insiden tidak diingini.- Katanya.

“Hormati keputusan mahkamah” – Polis.

Image

Mohd Shahril turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan bantahan berkaitan isu ini dan menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan.

Mahkamah sebelum ini telah menolak semakan kehakiman berhubung notis pengosongan tanah oleh pekebun Musang King di kawasan tersebut.

Tular video pekebun sekat jalan…

Image

Insiden terbaharu yang tular menunjukkan sekumpulan pekebun haram berdiri di tengah jalan Kampung Sungai Chalit, menyekat laluan pasukan penguat kuasa yang terdiri daripada UPNP, JPNP, PDT Raub, polis dan PGA.

Malah, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui turut kelihatan berada di lokasi bersama kumpulan pekebun terbabit dalam rakaman video tersebut.

Difahamkan, operasi penguatkuasaan ini menyasarkan kawasan durian Musang King seluas lebih 202.34 hektar yang dikenal pasti sebagai kawasan pencerobohan tanah milik kerajaan negeri.

Image

#ApaKataOhmedia

Bila undang-undang dah jelas dan keputusan mahkamah dah dibuat, tindakan mempertahankan kawasan yang telah dikenal pasti sebagai pencerobohan memang rumit dan berisiko.

Walaupun kita faham ada sejarah dan nilai ekonomi tinggi di sebalik pokok-pokok durian tu, peraturan tetap perlu dihormati.

Kredit: Berita Harian
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas