Connect with us

Oh! Media

Pegawai Kanan Tertinggi DBKL Ditahan SPRM

Sprm Rasuah

Oh! Negara

Pegawai Kanan Tertinggi DBKL Ditahan SPRM

Pegawai kanan DBKL antara tiga individu ditahan SPRM disyaki terlibat rasuah projek IT sejak 2014.

Kalau korang ingat cerita drama rasuah dalam filem, kali ni jadi betul-betul dekat tanah air kita. Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) antara tiga individu yang disahkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah sejak lebih sedekad lalu. Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, bila dihubungi media cuma ringkas je jawab:

Saya sahkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.- Katanya.

Pegawai kanan antara ‘Top 5’ DBKL…

Dbkl sprm

Memetik laporan BH, pegawai yang ditahan itu bukan calang-calang orang. Difahamkan beliau berada dalam kelompok ‘Top 5’ pengurusan DBKL, malah berpangkat gred Jusa B.

IKLAN

Penahanan itu pula ada kaitan dengan projek teknologi maklumat (IT) yang dipercayai menjadi punca berlakunya salah guna kuasa.

Selain pegawai kanan DBKL tu, SPRM juga menahan dua lagi individu iaitu seorang pemilik syarikat lelaki dan seorang wanita berusia 40-an.

Kedua-duanya ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur sekitar jam 1 hingga 2 petang.

Manakala pegawai PBT berusia lingkungan 50-an ditahan sekitar jam 4 petang di pejabatnya. Sumber berkata, siasatan mendapati kegiatan ini dipercayai sudah bermula sejak 2014 lagi.

Rasuah projek IT dan miliki harta mewah…

Sprm

Menurut sumber, pemilik syarikat itu dipercayai memberi rasuah kepada pegawai berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di agensi tersebut.

Lagi mengejutkan, hasil tangkapan turut membawa kepada penyitaan wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua kenderaan mewah jenis Lexus RX500h dan Mini Cooper, serta koleksi beg tangan dan kasut berjenama Hermès dan Louis Vuitton.

Tak cukup dengan itu, SPRM juga dilaporkan membekukan 19 akaun bank milik individu dan syarikat dengan jumlah keseluruhan lebih RM7 juta.

Pssttt! Bila dengar kes macam ni, korang boleh bayangkan betapa bahayanya bila kuasa disalahgunakan untuk kepentingan sendiri. Apa yang nampak glamor dengan harta mewah tu sebenarnya hanyalah bayangan sementara. Hidup jadi tak tenang bila sentiasa dihantui siasatan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas