Connect with us

Oh! Media

“Netflix Boleh Tengok Semua, Kenapa Kena Bayar Duit Pergi Pawagam”- Timbalan MB Kelantan

Ohmedia pawagam kelantan

Oh! Negara

“Netflix Boleh Tengok Semua, Kenapa Kena Bayar Duit Pergi Pawagam”- Timbalan MB Kelantan

Katanya rakyat Kelantan sendiri tak bising tiada pawagam dekat sana tapi dalam artikel Ohmedia sebelum ni sebenarnya ada juga rakyat mereka yang mengeluh. Ini apabila mereka terpaksa ke Terengganu semata-mata untuk memberikan sokongan kepada filem Mat Kilau yang tengah viral sekarang.

BACA: “Kami Nak Wayang” – Kecewa Tak Dapat Tengok Mat Kilau, Rakyat Gesa Kerajaan Negeri Kelantan Benarkan Operasi Panggung Wayang

Image

Siapa kata rakyat Kelantan tak bising tiada pawagam?

Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah menegaskan kerajaan Kelantan tidak akan menarik balik pengharaman pawagam. Keputusan ini dibuat selepas tiada permintaan dari kalangan penduduk Kelantan.

IKLAN

Orang Kelantan sendiri tidak bising pasal pawagam sebab mereka boleh tengok dekat Netflix. Netflix boleh tengok semua. Jadi, kenapa kena bayar duit pergi pawagam.

You duduk rumah sambil makan kuaci pun boleh tengok. – Katanya.

Itulah antara jawapan yang diberikan Mohd Amar ketika ditemu bual dengan saluran FengRenGuan di YouTube.

Kalau korang nak tahu, sejak tahun 1990 lagi kerajaan Kelantan telah mengharamkan pawagam dan kedai nombor ekor. Ketika itu arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang memerintah dan ia tidak dapat dinafikan satu langkah yang sangat baik.

Isu pembukaan pawagam di Kelantan ini bagaimanapun tiba-tiba menjadi persoalan bila Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari sendiri pun pergi pawagam tengok Mat Kilau dekat Lembah Klang. Disebabkan itulah orang tanya, macam mana pula rakyat Kelantan nak tengok Mat Kilau?

Image 2
Image 1

Kredit: Malaysiakini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas