Connect with us

Oh! Media

Mohamad Sabu Kata Beras Tempatan Bercampur Beras Import Berlaku Sejak Sejak 1970

Ohmedia mohamad sabu beras campur

Oh! Negara

Mohamad Sabu Kata Beras Tempatan Bercampur Beras Import Berlaku Sejak Sejak 1970

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mendedahkan bahawa tindakan mencampurkan beras tempatan dan import bukan perkara baru.

Ia sebenarnya sudah berlaku sejak tahun 1970-an lagi selepas penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Menurut Mohamad Sabu, dapatan ini adalah hasil kajian Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang dijalankan sejak awal 2024. Tujuan campuran ini adalah untuk memenuhi cita rasa pengguna tempatan dan menawarkan variasi jenama di pasaran.

IKLAN

Hasil kajian berkenaan sudah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (JKKMN) Bilangan 2 2024 pada 17 Disember 2024.- Jelasnya.

Tiada peruntukan undang-undang khusus…

Image

Walaupun campuran beras ini sudah lama berlaku, Mohamad Sabu mengakui tiada peruntukan khusus dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) untuk mendakwa kesalahan ini di mahkamah.

Justeru, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah diarahkan untuk memperhalusi mekanisme terbaik bagi mengawal percampuran beras tempatan dan import melalui perundangan.

Serta merangka simulasi cadangan penetapan harga yang bersesuaian bagi kategori beras campuran secara komprehensif sebelum dikemukakan bagi pertimbangan Jemaah Menteri.- Kata Mohamad Sabu.

Langkah kerajaan kawal harga beras…

Image

Sebagai langkah awal, kerajaan menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa 16 Februari 2025.

Selain itu, harga beras putih tempatan (BPT) kekal pada RM2.60 sekilogram dengan kos pengeluaran diserap sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan mulai 1 Mac hingga 31 Ogos.

Langkah ini bertujuan memastikan keberadaan bekalan sebanyak 24 juta kampit BPT 10 kilogram di pasaran bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan bekalan beras pada harga berpatutan.

#ApaKataOhmedia

Isu campuran beras ni memang tak boleh pandang remeh. Walaupun dah lama berlaku, tanpa kawalan perundangan yang jelas, pengguna mungkin jadi mangsa.

Usaha kerajaan nak kawal harga dan jamin bekalan memang bagus, tapi harapnya ada tindakan tegas lepas ni untuk pastikan hak pengguna terjaga.

Ohmedia mohamad sabu beras campur

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas