Connect with us

Oh! Media

Menteri Besar Terengganu Sah Ditahan

Oh! Negara

Menteri Besar Terengganu Sah Ditahan

Kecoh seketika apabila tular gambar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berada dalam situasi seolah-olah ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Muncul pelbagai spekulasi, namun akhirnya beliau tampil menjelaskan perkara sebenar.

IKLAN

Menurut Ahmad Samsuri, kejadian itu berlaku pada 6 dan 7 April lalu, ketika beliau tiba dan kemudian pulang dari Sabah.

Dalam kenyataan menerusi WhatsApp kepada Utusan Malaysia, beliau menjelaskan bahawa beliau telah melalui proses ‘pull aside on hold’, iaitu pemeriksaan khas yang memerlukan pelepasan dari Cawangan Khas.

Pergi dan balik, berlaku pull aside on hold. Gambar (yang saya yakin diambil oleh orang awam) berkenaan adalah ketika balik pada Isnin 7 April.- Katanya.

Samsuri turut menjelaskan bahawa tulisan yang dikongsikannya pada 10 April yang mengandungi 18 perenggan menjelaskan pengalaman dirinya berdepan dengan kawalan ketat itu.

Sebelum ini, Samsuri mendakwa bahawa dirinya telah diletakkan sebagai individu dalam pemantauan oleh Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) sejak tahun lalu, yang menyebabkan pergerakannya dipantau dengan ketat, termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Namun begitu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tampil menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk meletakkan Ahmad Samsuri dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) kerana beliau bukan penjenayah.

Katanya, dakwaan bahawa pemimpin Pas itu diletakkan sebagai individu berisiko tanpa sebarang kesalahan sahih adalah tidak benar.

Kredit: Utusan Malaysia
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas