
Oh! Negara
Mahkamah Lepas Tanpa Bebas (DNAA) Najib Razak Dari Tuduhan RM27 Juta
Najib Razak dilepas tanpa dibebaskan dari tuduhan RM27 juta dana SRC. Ini keputusan penuh hakim.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga tuduhan pengubahan wang haram dana syarikat pelaburan strategik, SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta.
Lapor Berita Harian, keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy selepas pihak Najib membuat permohonan untuk mendapatkan DNAA minggu lalu.
Ini faktor hakim melepaskan tanpa bebas Najib Razak

Hakim mendapati tempoh masa yang tidak menentu dan tidak pasti menyebabkan Najib terpaksa berdepan pertuduhan tanpa sebarang penyelesaian.
Menurutnya lagi, penangguhan berterusan daripada pihak pendakwaan menghalang proses perbicaraan dijalankan dengan sewajarnya.
Penangguhan juga menyebabkan penantian panjang yang akhirnya menjadi beban berlarutan kepada tertuduh.
Katanya, “proses mahkamah disalahgunakan dengan pelbagai penangguhan dan kes ini masih kekal dalam sistem kehakiman tanpa penyelesaian sejak 2019.”
Beliau juga menjelaskan bahawa kesalahan yang didakwa terhadap bekas Perdana Menteri itu berlaku pada 2014 dan kini sudah masuk tahun 2025 tetapi perbicaraan masih belum dimulakan.
Najib boleh didakwa semula bila ada bukti lengkap

Malah, pendakwaan juga belum dapat mengumpul dokumen yang diperlukan untuk membuktikan kes terhadap Najib.
Mahkamah berpendapat, situasi ini menafikan hak tertuduh untuk mendapatkan penyelesaian yang tepat pada masanya dan menjadi satu beban yang berlarutan kepada beliau.
Berdasarkan faktor itu, perintah yang paling sesuai ialah mahkamah ini melepaskan tertuduh tanpa membebaskannya, supaya beliau tidak lagi dibebani pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Malah, tiada prejudis kepada pihak pendakwaan dengan perintah pelepasan ini, yang dalam istilah umum dikenali sebagai kerana pendakwaan masih boleh meneruskan kes ini sekiranya mereka sudah bersedia pada masa akan datang.

Meskipun Najib dilepaskan daripada pertuduhan ini, perintah DNAA bukanlah pembebasan sepenuhnya.
Pendakwaan masih boleh meneruskan kes ini pada masa akan datang sekiranya mereka sudah bersedia dengan bukti yang lengkap.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
