Connect with us

Oh! Media

pencen

Oh! Negara

Mahkamah Benarkan Kerajaan Gantung Bayaran Pencen

Nampaknya, kerajaan dibenarkan menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara. Perkara itu diperintah, Mahkamah Tinggi seperti yang ditetapkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016.

Keputusan ini berkuat kuasa mulai Januari 2022 sementara menunggu pelupusan rayuan kerajaan di Mahkamah Rayuan.

IKLAN

Keputusan ini diputuskan Hakim Datuk Amarjeet Singh selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi yang mewakili kerajaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta peguam Datuk Dr Abd Shukor Ahmad yang mewakili pesara Aminah Ahmad.

Setelah mempertimbangkan afidavit dan hujahan daripada kedua-dua pihak, saya dapati terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini. Tiada perintah mengenai kos.- Kata hakim itu.

Permohonan tunggakan pencen ditolak…

Dalam perkembangan sama, mahkamah menolak permohonan peguam untuk menggantung keputusan yang mengarahkan kerajaan membayar tunggakan pencen kepada pesara.

Terdahulu, kerajaan memohon untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman oleh Aminah dan mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta kerajaan untuk membayar tunggakan pencen dalam tempoh tiga bulan bermula 16 Januari lalu.

#ApaKataOhmedia

Keputusan ini pasti menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pesara yang mengharapkan bayaran pencen mereka diselaraskan. Apa pun, kita harap isu ini dapat diselesaikan segera supaya kebajikan pesara terbela. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

pencen

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas