Oh! Negara

KPN Sahkan Suspek Serangan Balai Polis Bukan Anggota Jemaah Islamiyah

Published on

Ketua Polis Negara, Tan Sri Rasarudin Husain hari ini mengesahkan, lelaki berusia 21 tahun yang menyerang balai polis Ulu Tiram bukanlah anggota kumpulan pengganas, Jemaah Islamiyah (JI).

Suspek yang ditembak mati ketika kejadian sebelum ini disyaki anggota JI berdasarkan pembabitan bapa suspek dalam kumpulan pengganas itu.

“Suspek yang ditembak mati itu didapati tiada kaitan dengan kumpulan pengganas JI,” katanya ringkas.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata, suspek dalam kejadian itu didapati bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal polis.

Kesimpulan itu hasil keterangan diambil daripada 46 individu dalam profil dipercayai berkaitan insiden berkenaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version