Connect with us

Oh! Negara

Ketua Polis Negara Sahkan Anggota Pengiring Pukul Pemandu OKU Telah Dikenakan Tindakan

Seorang anggota pengiring yang didakwa memukul seorang pemandu e-hailing OKU di lobi sebuah hotel pada 28 Mei lalu telah dikenakan tindakan tatatertib.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, selepas siasatan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

IKLAN

Menurut Tan Sri Razarudin, kertas siasatan kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 5 Jun, namun dikembalikan untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan semula pada 22 Jun.

Insiden ini melibatkan pemandu OKU e-hailing, Ong Ing Keong, 48, yang mendakwa dia diserang oleh seorang anggota rombongan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kejadian tersebut dirakam oleh kamera kereta Ong dan rakaman itu telah didedahkan dalam satu sidang media baru-baru ini.

Peguam Ong, N Surendran, meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang dianggap lambat bertindak walaupun terdapat bukti jelas mengenai kejadian tersebut.

Tiada siapa yang diheret ke muka pengadilan. – Kata Surendran, yang juga tidak memahami sebab di sebalik kelewatan dalam kes ini.

Kes ini telah menarik perhatian ramai, dengan masyarakat berharap agar keadilan dapat ditegakkan dan semua pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas