Oh! Negara

Kerajaan Mungkin Mewajibkan Media Sosial Mempunyai Lesen Operasi

Published on

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengatakan kerajaan berkemungkinan mewajibkan media sosial untuk mempunyai lesen operasi.

Alamak, korang okay tak tu kalau diwajibkan ada lesen ni?

Katanya, langkah ini mudah bagi pihak berkuasa mengarahkan platform media sosial untuk mematuhi undang-undang dan segala arahan yang ditetapkan di negara ini.

Difahamkan, perlaksanaan ini dibuat kerana pihak kerajaan kecewa dengan beberapa platform yang tidak memberikan kerjasama penuh dalam mengekang penularan berita palsu selain beberapa perkara berbangkit lain.

Bukan itu sahaja, di Facebook turut ada salah satu kerisauan yang membimbangkan adalah pelbagai iklan-iklan berbentuk penipuan di mana mereka menggunakan gambar-gambar artis dan selebriti.

Kerajaan juga mahu platform media sosial dan internet gergasi seperti Google, Meta dan TikTok untuk mempunyai lesen beroperasi kerana mereka dapat menjana pendapatan dan memberikan kesan kepada syarikat media tempatan.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi pernah mengutarakan perkara yang sama selepas memperlihatkan kerajaan secara serius memandang ke arah perkara ini.

BACA: Kerajaan Mengkaji Keperluan Bagi Syarikat Media Sosial Mendaftar Dan Mempunyai Lesen

Malah, Menteri turut menyatakan masalah berkaitan hal ini perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kredit: amanz

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version