Oh! Negara

Jabatan Penjara Nafi Dakwaan Ada Bilik Mewah Untuk Najib Dalam Penjara

Published on

Sejak Datuk Seri Najib Razak diputuskan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Persekutuan semalam, ada banyak komen yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu akan diberikan layanan VIP dalam penjara.

BACA: Terkini! Rayuan Najib Razak Ditolak, Kekal Dipenjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Disebabkan itu, Jabatan Penjara Malaysia tampil menafikan dakwaan berkenaan di Facebook rasmi. Oleh itu, mereka meminta orang ramai berhenti sebarkan maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP).

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi gambar sebuah bilik mewah yang didakwa disediakan khas untuk VIP di penjara.

Gambar yang dikongsikan itu dinafikan sekeras-kerasnya Jabatan Penjara Malaysia kerana ia tidak berasas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version